VIDEO - Wanita maut dipercayai terjun bangunan


Wanita maut dipercayai terjun bangunan

"Hasil semakan mendapati mangsa seorang wanita warganegara asing berusia 40 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sibu: Seorang wanita ditemukan maut berlumuran darah dipercayai terjun daripada Tingkat 5, pusat membeli-belah Bangunan Sanyan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Sentral bergegas menerima laporan berhubung kes itu jam 2.08 petang.

"Pasukan siasatan daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai berlumuran darah di tingkat bawah bangunan itu.


"Hasil semakan mendapati mangsa seorang wanita warganegara asing berusia 40 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke hospital Sibu untuk tindakan lanjut.


"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

"Kita menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes ini," tegas.





@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!