Kerana Cemburu, Lelaki bvnuh suami baru bekas isterinya


Kerana Cemburu, Lelaki bvnuh suami baru bekas isterinya

"Pelaku ialah bekas suami kepada isteri mangsa. Mangsa dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga."

Seorang lelaki nekad membunuh suami baharu bekas isterinya kerana cemburu melihat kebahagiaan wanita berkenaan...lapor media semalam

Menurut polis, suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sebilah parang sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

“Pelaku ialah bekas suami kepada isteri mangsa. Mangsa dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Insiden itu berlaku disebabkan perasaan cemburu,” kata seorang pegawai polis, Budi Hartono.

Pembunuhan tersebut berlaku di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam, ketika suspek mendekati mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum membunuhnya.

“Suspek secara tiba-tiba datang membawa parang lalu menghayunkan parang ke (arah) mangsa.

“Tetakan tersebut ditepis oleh mangsa menggunakan tangan lalu menyebabkan mangsa terduduk. Suspek kemudian menghayunkan parang dan mengenai leher mangsa lalu dia meninggal dunia,” jelas Budi.

Selepas membunuh mangsa, suspek bertindak keluar dari rumahnya dan melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal miliknya manakala isteri mangsa meminta pertolongan.

“Pelaku melarikan diri dengan membawa parang yang digunakan untuk menetak mangsa. Buat masa ini, anggota polis sedang memburu suspek,” kata Budi. – Agensi

Ikuti channel telegram Liputan 7 untuk update berita semasa dalam dan luar negara!



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE