Lelaki pukul anjing didenda RM 23,000

Lelaki pukul anjing didenda RM 23,000

"Anak guam saya bertindak sedemikian kerana telah diserang anjing tersebut, namun dia menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama, mohon denda dikurangkan memandangkan OKS mengidap kencing manis dan darah tinggi" katanya.

AMPANG - Seorang lelaki warga emas didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, kerana memukul seekor anjing betina menggunakan kayu sehingga berdarah, tujuh bulan lalu.

Yong Kay Sang, 62, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.


Mahkamah memerintahkan OKS dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Kay Sang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anjing milik Yee Chan Fai, 35, di sebuah rumah di Taman Saga di sini, pada jam 9 pagi, 24 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam, Hajinder Singh yang mewakili OKS merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan.

“Dia merupakan penanggung utama keluarga selain menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Anak guam saya bertindak sedemikian kerana telah diserang anjing tersebut, namun dia menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama," katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Selangor, Mohd Sharif Sabran memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Kita tidak boleh menganiaya haiwan, dalam apa jua keadaan,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, anjing itu telah mengejar OKS sehingga menyebabkan dia terjatuh.


OKS yang mengalami luka di tangan dan kaki, kemudiannya mengejar anjing berkenaan hingga masuk ke sebuah rumah.

Dia memukul anjing betina itu menggunakan kayu sehingga mengakibatkan ekor anjing tersebut berdarah.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE