Penalti kontroversi punca Malaysia tumbang


Penalti kontroveri punca Malaysia tumbang kepada Vietnam 0-3

"Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti."



Badi skuad bola sepak kebangsaan berdepan Vietnam berterusan apabila Harimau Malaya kecundang 0-3 pada aksi Piala AFF 2022 yang dihiasi dengan... penalti kontroversi di Stadium My Dinh, sebentar tadi.

Beraksi dalam cuaca sejuk dan berangin, perlawanan bermula perlahan yang menyaksikan permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan dalam 15 minit pertama.

Permainan mula rancak selepas itu dengan Vietnam melakukan beberapa percubaan terutama pada minit ke-20 menerusi rembatan deras Nguyen Hoang Duc yang sedikit tersasar.

Skuad Golden Star Warriors berada di depan sembilan minit kemudian menerusi jaringan penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh yang menanduk masuk bola sepak sudut Do Hung Dung.

Kegembiraan Vietnam meraikan jaringan itu bagaimanapun terganggu apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Nguyen Van Toan dilayangkan kad merah pada minit ke-32 susulan kekasarannya ke atas Dominic Tan.

Ketika Harimau Malaya cuba bangkit memburu gol penyamaan, kontroversi tercetus pada minit ke-59 apabila pengadil dari Jepun, Sato Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam apabila Azam Azmi Murad didakwa mengasari Doan Van Hau.


Keputusan pengadil itu cuba dibantah barisan pemain Harimau Malaya kerana tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam ke atas Van Hau di dalam kotak penalti melainkan berlaku pergelutan dua pemain itu di luar padang selepas kedua-duanya terjatuh ketika merebut bola.

Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti.

Malah, Nguyen Hoang Duc melengkapkan kemenangan bergaya Vietnam apabila meledak gol ketiga ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam merampas kedudukan teratas Kumpulan B, berkongsi enam mata bersama Malaysia dan Singapura.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE