Saya tidak zalim, asalkan mereka bertaubat – Zahid Hamidi



Saya tidak zalim, asalkan mereka bertaubat – Zahid Hamidi

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa mana-mana individu yang melakukan khianat ... kepada parti UMNO supaya lekas bertaubat sebelum terlambat.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu berkata, beliau tidak zalim untuk memecat mana-mana ahli parti itu setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan mengenai kewujudan ahli UMNO yang disifatkan sebagai pengkhianat sekali gus boleh mendatangkan mudarat kepada parti.

“Saya tidak sezalim itu, asalkan mereka bertaubat. Lakukan taubat nasuha dengan cepat dan kembali (kepada parti). Itulah sebaik-baiknya.

“Tetapi kalau taubat di depan dan di belakang buat lain, maka saya tidak perlu kongsi strategi (parti),” katanya ringkas dalam satu segmen temu bual yang disiarkan secara langsung di NRChannelTV, semalam


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE