Tiada duit nak berkhatan, bapa potong kemaluan anaknya ketika tidur


Tiada duit nak berkhatan, bapa potong kemaluan anaknya ketika tidur

"Mangsa berusia 5 tahun mengalami kecederaan serius pada bahagian alat kelamin kerana potongan tersebut mengenai isi"

Seorang bapa yang berusia 39 tahun tergamak memotong kemaluan anaknya sendiri yang berusia 5 tahun menggunakan pisau pencukur di... kediamannya di Leuwisari,Tasikmalaya Jawa Barat.

Berdasarkan hasil soal siasat, si bapa melakukan perbuatan itu kerana tidak mempunyai wang untuk mengkhatan anaknya oleh itu dia mengambil inisiatif sendiri dengan memotong kemaluan anaknya menggunakan pisau cukur hingga mendatangkan kecederaan kepada anaknya.

Sebelum kejadian, suspek sempat bergaduh dengan isterinya mengenai anak mereka yang masih belum berkhatan kerana mangsa sudah besar sebelum isterinya keluar rumah untuk membeli barangan dapur di kedai. Ketika isterinya keluar, suspek menggunakan pisau pencukur dan memotong kemaluan anaknya yang sedang tidur.

Kemaluan mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan yang agak parah kerana potongan itu mengenai isi kemaluan mangsa hingga mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.Suspek berdepan hukuman penjara 5 tahun atas pertuduhan mendera kanak-kanak.

Ikuti channel telegram Liputan 7 untuk update berita semasa dalam dan luar negara!



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE