Anak meninggal dunia dalam kandungan, janazah anak terpaksa dibiarkan dalam perut ibu selama 8 hari kerana tiada wang

Anak meninggal dunia dalam kandungan, janazah anak terpaksa dibiarkan dalam perut ibu selama 8 hari kerana tiada wang

Tidak semua orang berkemampuan dan bernasib baik bergitulah nasib yang menimpa keluarga Aji Yusman apabila anaknya yang berusia 6 bulan meninggal dunia dalam kandungan namun... terpaksa dibiarkan jenazah anaknya berada dalam perut isterinya kerana tiada wang untuk pembiayaan mengeluarkan jenazah anaknya.

Menurut Aji, beliau terpaksa berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang sakit ketika itu dan pada masa yang sama habis wang simpanannya digunakan untuk perubatan serta perbelanjaan barang dapur mereka.

Aji pernah bekerja sebagai penghantar barangan dan pemandu e-hailing dengan meminjam ID saudaranya sebelum terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya yang tengah mengandung. Ketika menghitung hari untuk menyambut kelahiran anaknya, anaknya disahkan meninggal dunia ketika umur 6 bulan dalam kandungan.

Namun lebih menyedihkan, Aji dan isterinya terpaksa membiarkan jenazah anaknya itu berada dalam perut selama 8 hari kerana tiada wang untuk tampung kos mengeluarkan jenazah daripada perut isterinya.

Difahamkan anak pertamanya terpaksa berhenti sekolah manakala anak keduanya tidak dapat memasuki sekolah akibat daripada masalah kewangan. - Agensi


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE