Tampar untuk naikkan semangat bukan mendera - pemain

‘Lepas kena tampar, pasukan kami terus menang straight set’

ALOR GAJAH – Pelajar yang ditampar jurulatih, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim memberitahu, semangat pasukannya terus melonjak selepas ditempeleng sebelum menang ke atas pasukan Johor untuk melayakkan mereka mara ke peringkat separuh akhir.

Mengimbau semula kejadian itu, Nur’ Saidatul Akma memberitahu, insiden itu berlaku selepas... pasukannya terlepas beberapa peluang sehingga ke­tinggalan lima mata kepada pihak lawan dalam kejohanan Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

“Cikgu Hadee (Saiful Hadee Amar) menampar saya dan rakan tetapi tindakan itu telah menaikkan semangat kami untuk menewaskan Johor secara straight set hingga melayakkan kami mara ke peringkat separuh akhir yang berlangsung di Selangor.

“Dia tampar sikit dan tak kuat. Dia buat itu kerana yakin pasukan kami sebenarnya boleh tewaskan pihak lawan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, menurut Nur’ Saidatul Akma, mereka hanya meraih tempat keempat pada kejohanan itu dan ia merupakan pencapaian terbaik pernah dilakukan Pasukan Wanita Melaka Bawah 14 Tahun itu.

Tambahnya, dia sedih selepas jurulatih yang dianggap sebagai bapa sendiri itu dikecam selepas klip video itu tular.

“Dia cuma mahu hilangkan rasa gementar kami tetapi tak sangka pula ramai yang salah faham. Ia tamparan berbaloi kerana kami menang. Saya harap jurulatih akan terus membimbing pasukan,” katanya.

Ujar Nur’ Saidatul, cikgu Hadee menetap di Sungai Udang tetapi sanggup datang jauh untuk melatih mereka. “Kami sa­yang cikgu Hadee,” katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE