VIDEO - Dituduh culik budak, lelaki bantu hantar budak sekolah balik rumah dipukul orang ramai


Dituduh culik budak, lelaki bantu hantar budak sekolah balik rumah dipukul orang ramai

"Kes salah faham, Suami cikgu tolong hantar budak balik sbb tidak ada sesiapa ambil masa balik sekolah. Aku harap suami cikgu tu saman org2 yg pukul dia . . Org nak explain xbagi , tuduh buat jenayah pulak" kata sumber

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki cedera parah dibelasah orang ramai yang dituduh menculik budak...

Video Kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Bujang Sg Petani Fasa 3 Merbok itu telah tular di media sosial hari ini dan mendapat pelbagai kritikan dalam kalangan warganet kerana kejadian itu dikatakan berlaku salah faham antara lelaki tersebut dan ibubapa kanak-kanak yang didakwa diculik.

Menurut sumber, lelaki tersebut ialah suami kepada guru kanak-kanak tersebut dan lelaki itu membantu kanak-kanak tu dengan menghantarnya pulang ke rumah kerana tidak ada yang datang menjemputnya di sekolah bersendirian.

Lelaki itu cuba menjelaskan hal sebenar namun dipukul dan dipegang oleh penduduk di situ kerana dituduh menculik kanak-kanak.

". . . Kes salah faham . . Suami cikgu tolong hantar budak balik sbb tidak ada sesiapa ambil masa balik sekolah . . Aku harap suami cikgu tu saman org2 yg pukul dia . . Org nak explain xbagi , tuduh buat jenayah pulak . .." kata salah seorang warganet di telegram Liputan7

Pengajaran di sini jika was-was atau tidak mempunyai bukti yang kukuh atau tuduhan yang tidak berasas sebaiknya serahkan kepada pihak polis dan tak perlu bertindak mengikut emosi sendiri.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE