VIDEO - Suami belasah isteri separuh mati



Suami belasah isteri separuh mati depan anak yang masih bayi kerana cemburu

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang suami bertindak agresif dengan memukul isterinya yang disaksikan oleh pembantu rumah dan anaknya yang masih bayi ...

Menurut laporan, kejadian itu berpunca daripada perasaan cemburu si suami yang menuduh isterinya mempunyai lelaki lain kerana sering mengadap telefon walaupun beberapa kali isterinya menafikan tuduhan itu.

Pembantu rumah itu mendakwa pada awalnya mereka bertengkar kerana suaminya minta untuk periksa telefon mangsa dan mangsa enggan berikan kepadanya membuatkan si suami hilang sabar dan bertindak memukul isterinya.

Video Kejadian tersebut terakam dalam CCTV rumah mereka dan kelihatan lelaki itu bertindak menendang serta memukul mangsa dengan kereta mainan dengan sangat kuat.

Pihak polis telah menahan lelaki tersebut dan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat dipukul pada bahagian anggota penting.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE