Gadis(15 tahun) suntik darah HIV teman lelakinya sebagai bukti cinta



Gadis(15 tahun) suntik darah HIV teman lelakinya sebagai bukti cinta

"Kami boleh hidup bersama di syurga selamanya jika kami maut akibat HIV" katanya

Demi membuktikan cintanya terhadap pasangan, seorang remaja perempuan sanggup menyuntik darah milik teman lelakinya yang positif HIV ke dalam tubuhnya sendiri. ...

Gadis yang berusia 15 tahun dari Suwal Kuchchi, India berkenalan dengan teman lelakinya melalui Facebook. Sejak daripada itu, hubungan mereka menjadi semakin akrab dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta.

Menurut Kalinga TV, pasangan remaja itu telah bersama sejak tiga tahun lalu. Bukan itu sahaja, sebelum ini, gadis itu juga pernah beberapa kali cuba melarikan diri bersama si kekasih namun dia akhirnya dibawa pulang oleh ibu bapanya.

Namun baru-baru ini, gadis ini nekad menyuntik darah milik teman lelakinya yang positif HIV ke dalam tubuhnya sendiri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keluarga gadis itu memulakan prosiding undang-undang terhadap lelaki terbabit. Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis telah menahan lelaki terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Menurut gadis itu, dia sanggup mati demi teman lelaki yang dicintainya dan mendakwa bahawa mereka boleh bahagia bersama di syurga jika maut akibat HIV.

"Kami boleh hidup bersama di syurga jika kami maut akibat HIV" katanya

Ikuti channel telegram Liputan 7 untuk update berita semasa dalam dan luar negara!



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE