Kanak-kanak 4 tahun maut diserang anjing



Kanak-kanak 4 tahun maut diserang anjing

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan maut diserang seekor anjing di... United Kingdom pada Selasa.

Perkhidmatan ambulans menghubungi polis sekitar 5 petang selepas menerima laporan serangan anjing di sebuah hartanah di Broadlands, Netherfield di Buckinghamshire yang terletak kira-kira 80 kilometer dari barat laut London, lapor Agensi Anadolu.

"Ini adalah kejadian yang benar-benar tragis, di mana kami percaya bahawa seorang kanak-kanak telah terbunuh selepas diserang oleh seekor anjing," kata Superintendan Matt Bullivant dalam kenyataan itu.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Pada awal Januari, serangan anjing di tenggara England mengorbankan nyawa seorang wanita dan mencederakan seorang lagi mangsa. - Bernama


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE