Main lato-lato mampu mengurangkan stress


Kajian mendapati bahawa bermain lato-lato mampu mengurangkan stress, meningkatkan tahap konsenstrasi minda pemain

Permainan lato-lato yang berasal daripada Indonesia telah tular ke negara ini sejak kebelakangan ini yang melibatkan pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak,remaja dan juga orang dewasa. ...

Tidak kurang juga laporan berita yang memaparkan beberapa orang kanak-kanak mengalami kecederaan akibat bermain lato-lato dan ianya sekaligus memberikan pandangan yang negatif terhadap permainan ini dalam kalangan masyarakat.

Rata-rata netizen memberikan komen yang negatif terhadap permainan lato-lato yang dianggap tiada faedah langsung namun setiap permainan pasti ada faedahnya tersendiri antaranya lato-lato ini mampu mengurangkan stress si pemain dengan mengalihkan fokusnya daripada masalah yang sedang dihadapi dan juga mampu merehatkan minda.

Selain mengurangkan tekanan, terdapat beberapa kajian yang positif terhadap permainan ini antaranya dapat meningkatkan kemampuan berpikir dan problem solving: Lato Lato memerlukan pemain untuk memikirkan strategi dan mencari solusi untuk mengalahkan lawan.

Permainan lato-lato ini juga mampu meningkatkan tahap konséntrasi minda kerana permainan ini memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi untuk mencapai target atau memenangani sesebuah pertandingan.

Walaubagaimanapun, ibubapa harus sentiasa memantau aktiviti anak-anak supaya permainan tersebut tidak melekakan mereka hingga mengabaikan pelajaran selain mengelakkan mereka daripada terdedah dengan bahaya ketika bermain lato-lato.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE