VIDEO - BMW cucuk belakang elak bayar Tol RM 1.30


BMW cucuk belakang elak bayar Tol RM 1.30

"Orang kaya pun kadang² sesak juga la dialog dlm cerita p.ramlee"

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan sebuah kereta jenama BMW bertindak mengekori dengan jarak yang terlalu rapat kereta pemilik video tersebut di sebuah tol kerana mahu mengelak daripada membayar tol ...

Lebih teruk lagi, bayaran tol tersebut bukanlah beratus ringgit malah harga tol tersebut hanyalah RM 1.30 sahaja. Tindakan pemandu BMW tersebut mengundang kecaman dan ejekkan dalam kalangan warganet kerana dikatakan mampu memandu kereta mahal namun kedekut membayar tol.

Perkongsian video tersebut yang di kongsi oleh seorang pengguna akaun Facebook Aiden Elias telah mendapat tontonan sebannyak 10 ribu tontonan




"This BMW punca aku sangkut dekat RFID... Weyh... Kau bayar ke x toll? Gate bukak je kau terus cepat masuk balik lorong and cucuk rapat... If xbayar.. malu la... Pakai kereta mahal... Xkan toll RM1.30 pun xblh bayar 😑" katanya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu BMW tersebut

"Die kedekut sbb tu die kaya"

"Orang kaya pun kadang² sesak juga la dialog dlm cerita p.ramlee"



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE