VIDEO - Ibu angkat ikat kaki, tangan kanak-kanak(2 tahun) ditinggalkan sendirian di rumah yang berkunci

Ibu angkat ikat kaki, tangan kanak-kanak(2 tahun) ditinggalkan sendirian di rumah yang berkunci

"Saya terpaksa buat macam tu sebab saya kena keluar bekerja sedangkan di rumah tak ada orang yang jaga"

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan beberapa orang kampung memecah masuk untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang diikat kaki dan tangannya terkurung dalam bilik dan rumah yang berkunci.

Pada awalnya penduduk menyangka kanak-kanak itu mangsa culik, namun hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama ibu angkatnya.

Ibu angkatnya bertindak mengikat kaki dan tangan kanak-kanak itu sebelum ditinggalkan sendirian di rumah yang berkunci.

Ibu angkat memberi alasan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana harus ke kebun untuk bekerja sedangkan tidak ada orang di rumah untuk menjaga kanak-kanak itu.

Tambahnya lagi, jika dibiarkan sendirian di rumah, kanak-kanak itu sering kencing/berak dan bermain dengan kotorannya sendiri selain kuatir dengan keselamatannya yang ditinggal sendirian di rumah ketika ibu angkatnya keluar bekerja.

Difahamkan kedua ibu bapa kandungnya telah meninggal dunia dan anak itu tinggal bersama ibu angkatnya sejak kecil.

Rata-rata netizen mengecam tindakan ibu angkatnya yang bertindak kejam terhadap kanak-kanak tersebut. Jika bekerja di kebun sebaiknya di bawa bersamanya ketempat kerja atau minta tolong jiran untuk jagakan.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE