VIDEO - Pemilik rumah anak yatim ditahan selepas tular video mendera anak-anak yatim serta anak OKU



Pemilik rumah anak yatim ditahan selepas tular video mendera anak-anak yatim serta anak OKU

"Difahamkan lelaki ini buka rumah anak yatim hanya untuk guna anak-anak yatim sebagai 'alat' meraih sumbangan bagi keperluan peribadinya"

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan tindakan seorang pengasuh selaku pemilik sebuah rumah anak yatim Fisabilillah Al-Amin mendera anak-anak yatim serta seorang kanak-kanak istimewa(OKU) ...

Lelaki itu juga dilihat memaki hamun anak-anak yatim selain mencederakan fizik mereka dengan menampar-nampar muka serta kepala anak-anak itu.

Tindakan itu mengundang kemarahan orang ramai dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan lelaki itu membuka sebuah rumah pelindungan anak-anak yatim hanya untuk meraih sumbangan daripada orang ramai serta bantuan pemerintah. Lebih kepada keperluan peribadi yang menggunakan anak-anak yatim untuk meraih keuntungan.

Lelaki itu ditahan oleh pihak polis di rumahnya selepas video kekerasannya tular di media sosial sejak semalam.

Kalau tak ikhlas menjaga anak yatim serta anak kurang upaya lebih baik jangan paksa diri nak jaga daripada memperlakukan mereka seperti itu. Anak yatim harus dilindungi bukan untuk dijadikan alat untuk meraih keuntungan peribadi.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE