VIDEO - Wanita ditahan suruh 11 kanak-kanak lelaki meraba payudara, alat sulit


Wanita(25 tahun) ditahan polis atas kesalahan serangan seksual, suruh 11 kanak-kanak lelaki meraba payudara, alat sulitnya dalam bilik tidur

"17 mangsa terlibat,11 lelaki dan 6 perempuan. Kanak-kanak perempuan diajarnya menonton filem lucah dan melihatnya berhubungan intim bersama suaminya"

Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan susulan kes pencabulan seksual kanak-kanak yang melibatkan 17 mangsa dari kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 11 hingga 13 tahun. ...

11 mangsa yang melibatkan kanak-kanak lelaki manakala 6 orang mangsa lagi melibatkan kanak-kanak perempuan.

Suspek utama iaitu wanita berusia 25 tahun membuka satu perniagaan permainan Playstation di rumahnya yang diusahakan bersama suaminya menjadi modus utama suspek mencabul kanak-kanak yang pergi bermain Playstation di rumahnya.

Menurut laporan polis, wanita tersebut akan meminta setiap kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik tidurnya dan menyuruh kanak-kanak itu meraba payudara dan bermain alat sulitnya.

Manakala bagi kanak-kanak perempuan pula, suspek akan mengajar kanak-kanak itu menonton filem lucah dan pernah menyuruh kanak-kanak perempuan mengintipnya berhubungan seks bersama suaminya dengan keadaan pintu terbuka sedikit supaya kanak-kanak itu boleh melihatnya beraksi di ranjang tanpa pengetahuan suaminya.

Kanak-kanak yang trauma dan takut dengan tindakan wanita itu telah mengadukan hal tersebut kepada ibu bapa mereka masing-masing sebelum pihak polis bertindak menangkap wanita tersebut dan suaminya sebagai saksi.

Kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan trauma dan sedang dirawat di bawah Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA)

Motif kejadian masih dalam siasatan polis. Polis tidak menolak kemungkinan wanita itu mempunyai masalah mental atau dilakukan dengan sengaja.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE