Baki caruman KWSP dibenarkan sebagai sandaran pinjaman peribadi - PM

Baki caruman KWSP dibenarkan sebagai sandaran pinjaman peribadi - PM

"Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang." katanya

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan, dengan cagaran daripada agensi terbabit.

"Kita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran (pengeluaran) masa Covid-19 dan semua negara luluskan (kaedah itu).

"Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.


"Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik," katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.

"Saya cadangkan yang mempunyai peluang... ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ.

"Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.

"Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak withdraw (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE