Komplot samun RM 150,000 depan bank, lelaki kantoi pura-pura jadi mangsa

Komplot samun RM 150,000 depan bank, lelaki kantoi pura-pura jadi mangsa

KUANTAN - Kes samun seorang lelaki membabitkan wang tunai RM150,000 di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah di sini pada 14 Februari lalu dirancang 'mangsa' sendiri bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Koisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, komplot tiga rakan itu terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian itu dirancang lelaki berusia 41 tahun itu bersama dua rakannya berusia 48 tahun dan 63 tahun.

"Lelaki tersebut berpura-pura menjadi mangsa samun untuk melarikan wang milik rakan kongsinya yang dipercayai dikeluarkan dari bank berhampiran.

"Helah itu lelaki itu berjaya dan wang tunai milik rakan kongsinya telah disalahgunakan," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, lelaki itu berjaya ditahan dan dituduh di mahkamah pada Selasa lalu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalah guna harta secara curang.

"Dua lagi rakannya dituduh bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan bersubahat menyalahgunakan harta secara curang," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang pada 14 Februari lalu, seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dipercayai disamun ketika keluar dari bank selepas selesai mengeluarkan wang.

Kejadian berjaya dirakam dan tular di laman sosial pada hari berikutnya.

Susulan video tular itu, pihak polis menjalankan siasatan bagi mengesan dua 'suspek' terlibat.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE