Pelajar IPT dicekup berkhalwat beri alasan baiki paip air

Pelajar IPT dicekup berkhalwat beri alasan baiki paip air

“Lelaki itu yang berpakaian lengkap mendakwa datang ke rumah wanita terbabit untuk membantu membaiki paip air tersumbat.

ALOR GAJAH – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini memberikan alasan membaiki paip air selepas dicekup berkhalwat di rumah sewa kekasihnya, Isnin lalu.

Pasangan berusia 22 tahun itu dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 10 malam hasil aduan daripada orang awam.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketika serbuan dibuat wanita terbabit yang juga pelajar IPT pada awalnya enggan mengakui terdapat lelaki di dalam rumah berkenaan.

“Dia memberitahu rumah tersebut hanya didiami beberapa wanita lain yang merupakan penyewa bersama.

“Pegawai JAIM menegaskan telah menerima aduan daripada Rakan Setiaku JAIM (Raseim) mengenai seorang lelaki dilihat masuk ke rumah itu pada sekitar pukul 6 petang dan dia akhirnya mengakuinya,”katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambahnya, wanita tersebut memberitahu teman lelakinya berada di dalam bilik tidur dan hasil soal siasat, kekasihnya memberikan alasan telah datang ke rumah berkenaan bagi membantu membaiki paip air tersumbat.

“Lelaki itu yang berpakaian lengkap mendakwa datang ke rumah wanita terbabit untuk membantu membaiki paip air tersumbat.

“Pasukan JAIM bagaimanapun telah menahan kedua-dua mereka kerana telah bersekedudukan tanpa hubungan yang sah dan akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Che Sukri berkata, orang awam dialu-alukan untuk menyertai Raseim menerusi aplikasi Telegram menerusi pautan https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE