Pelaksanaan cagaran KWSP, pakar cadang kenakan caj 1 peratus kepada peminjam

Pelaksanaan cagaran KWSP, pakar cadang kenakan caj 1 peratus kepada peminjam

“Jika ia digunakan untuk memenuhi keperluan hidup sahaja, ini akan menjadi bebanan tambahan kepada pencarum kerana sudah pasti dalam pinjaman bank akan dikenakan kadar keuntungan,” ujarnya.

SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyarankan kerajaan menggunakan konsep qardhul hasan dalam pelaksanaan cagaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pinjaman bank agar pencarum tidak dikenakan caj yang tinggi.

Menurut Pensyarah Kanan Perbankan Islam dan Kewangan di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim, qardhul hasan bermaksud pencarum KWSP yang meminjam RM10,000 akan dikenakan caj sebanyak satu peratus sahaja daripada jumlah tersebut.

“Perkara ini penting kerana jika tidak dilaksanakan, cagaran wang simpanan KWSP itu akan menyebabkan kadar nisbah khidmat hutang (DSR) meningkat dan memberi persepsi negatif terhadap mereka daripada institusi perbankan lain.

“Ini akan menyukarkan pencarum pada masa akan datang untuk membuat pinjaman atau pembiayaan yang jauh lebih mustahak kerana cagaran ini melibatkan keperluan rakyat untuk keharmonian serta kelangsungan hidup,” katanya

Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya kaedah itu diperkenalkan, ia hanya akan dibenarkan kepada individu yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.

Jelas beliau, ia merupakan langkah terbaik boleh dilakukan sekarang memandangkan banyak negara yang memberikan kelonggaran seperti pengeluaran dana persaraan telah menghentikan atau membatalkan kemudahan itu.

Dalam pada itu, Mohd Faisol menambah, tindakan mencagarkan Akaun 2 KWSP mampu memberi kesan positif kepada pencarum sekiranya dimanfaatkan dengan baik.

“Contohnya, pencarum guna untuk tambah beli modal bagi perniagaan nasi lemak, jual kuih, jual burger, atau tambah stok untuk bisnes atas talian. Ini kerana ramai masyarakat Malaysia kini melakukan kerja sampingan bagi menampung keperluan hidup.

“Jika ia digunakan untuk memenuhi keperluan hidup sahaja, ini akan menjadi bebanan tambahan kepada pencarum kerana sudah pasti dalam pinjaman bank akan dikenakan kadar keuntungan,” ujarnya.

Beliau menyatakan pencarum perlu bijak dalam merancang kewangan sekiranya menerima cagaran tersebut dengan membuat sedikit simpanan daripadanya sebagai pelaburan.

“Kalau cagaran yang diterima adalah sebanyak RM15,000, pencarum kena bahagi kepada tiga pecahan iaitu 20 peratus bagi simpanan, 30 peratus (pelaburan) dan 50 peratus bagi perbelanjaan,” ulasnya.

Apa itu qardhul hasan?

- Qardhul hasan bermaksud pencarum KWSP yang meminjam RM10,000 akan dikenakan caj sebanyak satu peratus sahaja daripada jumlah tersebut.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE