Saya dan Anwar tak isap ganja - Rafizi

Saya dan Anwar tak isap ganja - Rafizi

“Buang duit sahaja hantar ganja kepada saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami bukan ambil ganja.” - katanya

KUALA LUMPUR – “Buang duit sahaja hantar ganja kepada saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami bukan ambil ganja.”


Itu respons Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara berseloroh ketika diminta mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ganja yang dihantar ke alamat penerima palsu, kononnya dibeli olehnya dan Anwar.

“Saya tidak terima (bungkusan), orang hantar ganja, jadi polis datang ambil, itu sahaja. Bungkusan itu dihantar ke pejabat saya dan saya tidak buka walaupun dialamatkan kepada saya dan Perdana Menteri.

“None of us take weed (kami tidak ambil ganja), jadi itu pembaziran dan sudah tentu ia (bungkusan) dihantar terus kepada polis,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ahli Parlimen Pandan itu diminta mengulas mengenai laporan media berhubung rampasan satu bungkusan mengandungi ekstrak ganja yang dialamatkan kepada beliau dan Anwar.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof pada Isnin memaklumkan polis menerima laporan dibuat Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya mengenai panggilan yang diterima memberitahu terdapat satu bungkusan atas nama dua ahli politik.

Wan Kamarulk Azran berkata, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang memandangkan sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut menerima bungkusan mengandungi daun ganja, minggu lalu.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE