Terlalu fanatik,Ustaz Diugut bunuh kerana kritik penganjuran konsert Blackpink


Terlalu fanatik,Ustaz Diugut bunuh kerana kritik penganjuran konsert Blackpink


Kuala Lumpur: Pencetus Ummah (PU) Syed menerima ugutan bunuh gara-gara tidak bersetuju dengan penganjuran konsert kumpulan K-Pop Blackpink, di sini, minggu lalu.


PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, dia menerima ugutan berkenaan menerusi mesej langsung (DM) di akaun media sosial peribadi beliau.


Menurutnya, individu terbabit mengugut untuk menembak beliau dan mendoakan anak-anaknya dijangkiti virus.


"Saya tak buat laporan polis sebab saya percaya itu akaun palsu. Ini kali pertama dapat ugutan sebegini. Sebelum ini orang kecam dan hentam itu dah biasalah.


"Dia DM saya kemudian dipadam mesej itu tetapi saya sempat ambil tangkap layar. Saya syak ini kerja budak-budak yang taksub sangat dan terlalu mengikut emosi," katanya 


PU Syed bagaimanapun menegaskan bahawa, beliau tidak akan pernah berhenti berdakwah walaupun menerima ugutan dan kecaman orang ramai.


Katanya, kebanyakan yang melemparkan cacian kepada beliau terdiri daripada golongan muda yang tidak dapat menerima teguran ikhlas yang diberikan.


"Bila kita dah berada di atas jalan (dakwah) ini, kita tak akan berundur lah. Kena tegur apa yang patut ditegur.


"Banyak budak-budak yang terlalu ikut hati dan perasaan, kita kena nasihatlah. Terutama orang tua mereka kenalah nasihat anak-anak ini kalau tidak boleh jadi masalah kepada masyarakat," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE