VIDEO - Dua wanita maut dalam kemalangan

Dua wanita maut dalam kemalangan

"Kemalangan tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan kereta Hyundai 130."


KOTA TINGGI - Dua wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 58.3 Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penguasa Bomba Kanan 1 Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang.

Susulan itu katanya, seramai lima anggota dibantu dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan tersebut melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan kereta Hyundai 130.


"Terdapat dua mangsa tersepit dalam Perodua Alza. Pihak bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan 'rescue tools'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Beliau memberitahu, kedua-dua mangsa merupakan wanita dewasa disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

Selain dua wanita tersebut, mangsa lain dalam Perodua Alza itu melibatkan seorang lagi wanita dewasa dan dua lelaki dewasa yang cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki terselamat.

Menurut beliau, semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambahnya, identiti mangsa sedang dikenal pasti dan operasi masih lagi dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut dan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE