VIDEO - Guru wanita lempang pelajar dengan buku kerana merokok dikecam warganet



Guru wanita lempang pelajar dengan buku kerana merokok dikecam warganet

"Guru itu juga menawarkan kepada pelajar lain untuk menampar pelajar-pelajar tersebut"

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang guru wanita bertindak melempang pelajar dengan buku kerana berang terhadap perlakuan tersebut. ...

Menurut keterangan saksi pelajar-pelajar lain, pelajar tersebut didapati melakukan kesalahan iaitu merokok dalam kelas semasa guru tersebut belum masuk.

Selepas memasuki kelas, guru tersebut mendapati ada bau rokok dan menanyakan kepada semua pelajar sesiapa yang baru lepas merokok namun semuanya dia membisu.

Berang ketika persoalanya tidak dijawab guru tersebut mula mengamuk dan akhirnya beberapa pelajar lelaki mengakui kesalahan mereka.

Kesemua pelajar yang terlibat dipanggil ke depan sebelum setiap pelajar tersebut dilempang dengan buku.

Guru wanita itu turut menawarkan kepada pelajar-pelajar lain untuk menampar pelajar-pelajar yang dipanggil ke depan namun tiada seorang pun yang bertindak demikian.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh pelajar dan menularkan video tersebut di media sosial. Rata-rata netizen mengecam tindakan guru tersebut dan ada juga yang menyokong

Ibu-bapa murid yang terlibat telah dipanggil ke sekolah bagi membincangkan isu itu dan mereka bersepakat untuk saling bermaafan sahaja.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE