VIDEO - Imam buat live tiktok ketika solat Tarawih dikecam netizen


Imam buat live tiktok ketika solat Tarawih dikecam netizen

"Ni nak solat ke nak kutip gift dekat Tiktok?" Netizen

Tular dua video di media sosial hari ini memaparkan imam masjid membuat live di Tiktok ketika mengetuai solat sunat Tarawih mengundang kecaman dalam kalangan warganet.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan imam-imam membuat live di tiktok adakah mereka mahu menumpukan perhatian kepada ibadah atau mahu mengumpul gift di Tiktok.

Satu daripada imam tersebut mendakwa ianya tidak salah kerana live tersebut tidak menganggu tumpuannya ketika mengetuai solat dan lagi solat terawih hanyalah sunat.

Sebaliknya ada kalangan netizen mendakwa imam-imam tersebut memperalatkan ibadah sebagai bahan untuk meraih keuntungan dengan menerima gift daripada penonton di Tiktok.









@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE