VIDEO - Lelaki cuba rompak farmasi gagal, kebetulan 2 anggota polis sedang beli ubat di farmasi yang sama



Lelaki cuba rompak farmasi gagal, kebetulan 2 anggota polis sedang beli ubat di farmasi yang sama

"Suspek seperti tidak peduli kehadiran polis dan tetap mengambil wang dari peti duit dan memasukkan ke dalam poketnya"

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki berusia 20-an cuba merompak kedai farmasi dalam sebuah kota di Brazil namun cubaan tersebut dipatahkan oleh pihak polis yang kebetulan berada dalam farmasi tersebut.

Menerusi rakaman CCTV dalam farmasi tersebut, lelaki itu dilihat menghampiri juruwang sebelum menghunus senjata tajam ke arah juruwang dan meminta lelaki itu membuka peti duit.

Sedang leka melihat dan mengambil duit, tiba-tiba datang 2 anggota polis yang kebetulan berada di lokasi yang sama mengacukan pistol ke arah suspek dan meminta suspek meletakkan senjata itu ke bawah

Lelaki itu seakan tidak perduli dengan kehadiran polis tersebut dan tetap bertindak mengambil wang dari peti duit dan memasukkan ke dalam poketnya.

Pihak polis berjaya menahan lelaki tersebut dan didapati lelaki itu sedang berkhayal kerana positif dadah.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE