VIDEO - Lelaki tunjuk lagak, tendang motosikal pengguna lain

Lelaki tunjuk lagak, tendang motosikal pengguna lain

“Haih, berapa kali ulang tengok video ini. Kalau nak buat buruk dekat orang, cuba bayangkan itu ahli keluarga awak. Apa yang awak rasa?,” 

PETALING JAYA – Seorang lelaki menerima kecaman di media sosial gara-gara perbuatan dirinya menendang pengguna motosikal lain ketika berada di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_, kelihatan lelaki yang membawa motosikal berwarna merah menendang sebuah motosikal berwarna biru sehingga hampir jatuh.

“Saya ada dekat situ dan nampak. Yang ditendang bukan orang tua tapi dua budak muda macam sekolah menengah atau pelajar universiti (motosikal berwarna biru).

“Lelaki yang menendang itu pula (motosikal berwarna merah) nampak seperti  lingkungan 30-an,” ciap seorang wanita dipercayai merupakan saksi kejadian.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 1,025 perkongsian, dan 1,274 tanda suka sejak dimuat naik malam tadi.

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang marah dengan tindakan inidvidu berkenaan kerana boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Kalau marah sekalipun, tidak ada haK dia untuk tendang sampai macam itu sekali,” komen Maisarahsuf.

“Tolonglah kalau marah macam mana sekalipun, jangan buat sesuatu yang sampai mengancam nyawa orang,” ciap Maya Rahim.

“Haih, berapa kali ulang tengok video ini. Kalau nak buat buruk dekat orang, cuba bayangkan itu ahli keluarga awak. Apa yang awak rasa?,” komen seorang pengguna yang lain pula.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE