VIDEO - Polis buru lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup


Polis buru lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup

"Tengok muka pelaku pun dah sakit hati"


JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dipercayai memukul serta membakar seekor anjing liar secara hidup-hidup, baru-baru ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan yang didakwa berlaku berhampiran di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.



Beliau turut mengesahkan menerima laporan polis pada jam 2.59 petang, Isnin lepas, daripada orang awam yang memaklumkan haiwan liar berkenaan dipukul dan dibakar hidup-hidup, selain memberitahu mengenai video insiden itu yang tular.


"Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.



"Kes ini akan disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.


Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 8 minit 54 saat menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api pada seekor anjing yang terhalang oleh dinding.





Video itu turut menunjukkan lelaki berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya. - Bernama


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE