VIDEO - Tak bayar wang tebusan, Mayat kanak-kanak perempuan(8 tahun) ditemui tanpa kepala, organ hilang


Tak bayar wang tebusan, Mayat kanak-kanak perempuan(8 tahun) ditemui tanpa kepala, organ hilang

"Suspek hantar whatsapp kepada ibu mangsa, minta wang tebusan RM 30,000 beserta gambar anaknya yang diikat"

Penduduk kampung digemparkan dengan penemuan satu mayat kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun tanpa kepala, tanpa organ dan terbaring ditengah ladang sawit yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Keterangan ibu mangsa, mangsa ketika itu sedang bermain dengan kawan-kawannya di taman sebelum diculik suspek. Kedua ibu bapa mangsa segera melaporkan tentang kehilangan anak mereka kepada polis selepas puas mencari anak mereka di merata-rata tempat.

Sehari selepas kehilangan anak, ibu mangsa menerima satu pesanan di whatsapp yang meminta wang tebusan RM 30,000(100Juta Rupiah) 9 jam selepas terima pesanan tersebut beserta foto anaknya yang sedang diikat.

Ibunya tidak mempunyai sejumlah wang itu hanya bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk mencari dan menyelamatkan anaknya.

Namun akhirnya, 4 hari selepas operasi pencarian dijalankan, akhirnya mayat mangsa ditemui tanpa kepala,organ dan terbaring di ladang sawit.

Menurut keterangan polis, polis percaya suspek bukan orang asing tapi orang yang mengenali ibu bapa mangsa dan mayat dibuang hanya sekitar jarak 6 KM daripada rumah mereka.

Berikut adalah butir-butir no akaun bank suspek yang meminta wang tebusan sebanyak RM 30,000


Jadikan kes ini sebagai ikhtibar kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan sentiasa pantau pergerakkan anak-anak.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE