Wanita mengandung terbeli ikan berulat di bazar

Wanita mengandung terbeli ikan berulat di bazar

"Dah nak habis makan, baru perasan ada ulat. Bukan seekor atau dua, tapi berpuluh-puluh ekor ulat dekat perut ikan, " katanya

KUALA LUMPUR - Seorang pengunjung bazar mendakwa telah dianiaya penjual yang menjual lauk ikan sudah berulat dalam kejadian Khamis.

Wanita itu yang menggunakan nama Noonafz Isml di akaun Facebook memaklumkan, juadah berbuka puasa itu dibeli di sebuah bazar atau pasar malam berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini.


Menurutnya, makanan tersebut disedari sudah berulat ketika dia sedang menjamu selera.

"Bala hari ini (Khamis ), beli lauk dekat bazar atau pasar malam berhampiran flat PPR Batu Muda.

"Dah nak habis makan, baru perasan ada ulat. Bukan seekor atau dua, tapi berpuluh-puluh ekor ulat dekat perut ikan, " katanya seperti dikongsikan dalam Grup Facebook Warga Sentul Batu, pada Khamis.

Kongsi wanita itu, awalnya dia menyangka ia adalah beras yang tidak masak tetapi selepas diteliti itu sememangnya ulat.

Wanita yang sedang mengandung itu, meluahkan rasa sedih dengan sikap peniaga yang dianggap tidak bertanggungjawab.

"Saya tak minta ganti rugi cuma ikhlaskanlah niat hendak berniaga untuk pendapatan sekeluarga bukan aniaya orang macam ini

Artikel Berkaitan:
Sisa makanan bazar Ramadan di Selangor meningkat 45 peratus
Perkhidmatan LRT di enam stesen dihentikan bermula Ahad
Lima tahun berbuka di kaki lima
"Tak berkat (rezeki) lagi lagi ketika bulan puasa," luahnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian daripada orang ramai yang meninggalkan komen dan bersimpati dengan nasib wanita tersebut.

Selain risaukan kesihatan wanita tersebut yang sedang berbadan dua, ada yang meminta mangsa pergi semula ke kedai tersebut untuk memaklumkan kejadian kepada peniaga terbabit.

"Pergi kedai itu dan tunjuk gambar ini...jangan berdiam takut orang lain terkena," komen Bro Chip.

Shaeyqa Fy pula meminta mangsa membuat laporan kejadian kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya peniaga berkenaan dikenakan tindakan.

"Melampaunya.. Report KKM sis.. Biar dia (peniaga) rasa.. Ya ALLAH kesiannya awak," tulisnya.

Tidak kurang yang memberitahu bersikap berhati-hati dan takut membeli makanan di bazar susulan banyak kes keracunan makanan berlaku.

"Saya tak berani beli lauk di bazar Ramadan risau jadi seperti ini. Baik saya beli yang goreng-goreng, sekurangnya saya tahu dia masak terus di situ pada hari sama," Nurul Husna.

Pemilik akaun Facebook Lelaa Bakri pula memaklumkan turut alami keracunan makanan ketika membeli laksa yang kuahnya hampir basi pada hari kelima puasa.

"Di mana-mana mesti terjumpa kes macam ini. Saya juga keracunan beli makanan di bazar tempat lain pada puasa kelima, dapat kuah laksa hampir basi dan sakit perut keesokan hari.

"Mungkin ALLAH SWT hendak uji tahap kesabaran kita. Reda di bulan mulia ini. Hendak marah tidak sampai hati," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE