Cukai Minimum Global(GMT) bakal diperkenalkan, negara mampu meraih RM 1 Billion - Timbalan Menteri Kewangan

Cukai Minimum Global(GMT) bakal diperkenalkan, negara mampu meraih RM 1 Billion - Timbalan Menteri Kewangan 

CYBERJAYA - Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) yang berkaitan diharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.


Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini pada Khamis Ahmad berkata, kertas berkaitan RUU tersebut sedang disediakan oleh Bahagian Cukai Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara.

Mengenai maklum balas daripada syarikat multinasional yang bertapak di negara ini berhubung pelaksanaan GMT, katanya, mereka perlu akur dengan standard antarabangsa selain tiada pilihan lain kerana isu cukai tersebut telah dibincangkan sejak dua tahun lepas.


"Perkara itu (GMT) memang perlu dilaksanakan dan boleh menjadi sumber baharu bagi hasil cukai negara, mungkin selepas diperkenalkan, kita boleh dapat RM1 bilion sebagai permulaan,” katanya.

Malaysia secara dasarnya bersetuju melaksanakan GMT sebanyak 15 peratus kepada sesetengah syarikat multinasional. Malaysia antara 136 negara yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebelum ini sebagai negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa tersebut

"Program ini dijangka melibatkan sebanyak 50,000 pembayar cukai dengan anggaran kutipan cukai bernilai RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata, pembayar cukai dinasihatkan untuk ke pejabat LHDN apabila program itu mula dilaksanakan kepada mereka yang layak sebelum aktiviti audit dan siasatan iaitu prosedur biasa LHDN untuk diambil ke atas mereka. - Bernama

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE