Isu Pembebasan Najib Razak nanti akan dibincangkan degan Lembaga Pengampunan - Zahid Hamidi

Isu Pembebasan Najib Razak nanti akan dibincangkan degan Lembaga Pengampunan - Zahid Hamidi

PUTRAJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Lembaga Pengampunan akan memikirkan waktu paling sesuai bagi membincangkan isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia selepas agenda pengampunan tersebut tidak dimasukkan dalam sidang Lembaga Pengampunan pada 28 April lepas.


"Agenda itu tidak dimasukkan kerana Lembaga Pengampunan memikirkan bahawa akan ada waktu paling sesuai untuk mereka memasukkan agenda itu.

"Kita tunggu sebarang kenyataan atau perkembangan dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri yang jadi sekretariat kepada Lembaga Pengampunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Sri Satria di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai tindakan UMNO mengemukakan pengampunan terhadap Najib, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut merupakan atas dasar tanggungjawab parti.

"Itu adalah tanggungjawab kami sebagai sebuah parti yang pernah beliau ketuai.

"Ini adalah pendirian kita untuk juga dihormati oleh pihak lain terutama rakan-rakan dalam komponen Kerajaan Perpaduan," jelasnya.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE