Kerajaan Perpaduan nekad perangi rasuah habis-habisan

Kerajaan Perpaduan nekad perangi rasuah habis-habisan

"Kita komited melawan rasuah dan tidak campur tangan dalam siasatan SPRM" katanya



TIDAK sampai setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, sudah kedengaran pegawai-pegawai menteri yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dek kerana rasuah.

Terbaru, seorang pegawai kanan menteri dicekup dalam satu serbuan oleh SPRM, difahamkan penahanan itu dipercayai berhubung isu pengambilan pekerja asing.

Sebenarnya, kisah pegawai-pegawai menteri yang ditahan oleh SPRM bukan sesuatu yang baharu, malah pada era kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan juga pernah terjadi.

Timbul persoalan, kenapa pegawai-pegawai ini berani membuat onar meskipun sudah diketahui umum bahawa perjuangan Kerajaan Perpaduan adalah menghapuskan rasuah, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri melaungkan tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah.

Namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya, penahanan pegawai-pegawai ‘kiri kanan’ menteri ini, semakin membimbangkan seolah-olah menggambarkan jawatan itu menjadi lubuk untuk mereka ‘menyakau’ duit.

Menurut Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Hamdan Daniel M Sharib, situasi yang berlaku ketika ini amat membimbangkan kerana imej kerajaan sedikit sebanyak tercalar oleh perbuatan mereka.

Menyifatkan perkara ini seperti harapkan pegar, pegar makan padi, Hamdan menegaskan, pegawai-pegawai yang dilantik ini sepatutnya menggunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk memerangi rasuah serta memberi imej yang baik di mata rakyat.

“Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Penahan pegawai-pegawai oleh SPRM ini bukanlah sesuatu yang sihat tetapi amat memalukan negara dan merugikan rakyat keseluruhannya,” katanya


ditanam secara serius kepada pegawai serta kakitangan kerajaan akan memberi sebuah anjakan baharu kepada nilai etika dan budaya kerja bernilai tinggi yang sudah lama diharapkan oleh semua pihak.

“Penting juga untuk sebarang siasatan dilakukan kepada mana-mana pihak, memenuhi tuntutan prosedur perundangan yang berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh tanpa pengaruh mana-mana pihak,” jelas beliau.

Menurut Nurhayati, reformasi institusi harus dilaksanakan seiring reformasi etika dan nilai yang menjadi tunjang integriti sesebuah kerajaan.

“Justeru, siasatan tanpa pilih kasih dan berat sebelah tentunya akan menjadi penanda aras penting terhadap komitmen kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama agar rakyat benar-benar berkeyakinan bahawa ia berintegriti dan protransparensi,” ujarnya.


REFORMASI UNDANG-UNDANG

Sementara itu, Pengarah Advokasi dan Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai pula berpendapat, perlakuan buruk pegawai-pegawai itu perlu diatasi dengan memastikan reformasi perundangan berkaitan antirasuah dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Penyiasatan terhadap pegawai menteri dengan kadar segera, merupakan petanda bahawa Kerajaan Perpaduan komited melawan rasuah dan tidak campur tangan dalam siasatan SPRM, walaupun dalam kalangan pegawai mereka sendiri,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan perlu menambah baik sistem sedia ada dengan memperkenalkan akta-akta khas untuk membanteras rasuah.

“Contohnya, kita patut ada undang-undang yang membolehkan kerajaan menyiasat dari mana datang kemewahan luar biasa dimiliki oleh sesetengah ahli politik dan penjawat awam.

“Pelan Antirasuah Nasional patut dilaksanakan secepat mungkin. Jadi reformasi perundangan ke arah ini perlu segera dilakukan,” kata beliau.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE