Main mercun selepas tengah malam, ganggu awam boleh kena tindakan

Main mercun selepas tengah malam, ganggu awam boleh kena tindakan

KUALA LUMPUR - Individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam jika mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336] yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100.


"Tindakan tegas terhadap individu yang didapati sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noorsiah berkata, bunga api merupakan suatu bahan letupan yang dikategorikan sebagai 'dangerous good cargo' (DGC) dan 'hazard class division (HCD) 1.4g, sekiranya dimainkan secara berbahaya, ia boleh mendatangkan kecederaan.

"Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

"Masyarakat terutama ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak masing-masing ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan," katanya.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE