Usaha untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan perlu dihentikan kerana jutaan rakyat bersama kami

Usaha untuk jatuhkan Kerajaan Perpaduan perlu dihentikan kerana jutaan rakyat bersama kami


SHAH ALAM - Tindakan sesetengah pihak yang didakwa cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dengan memujuk beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk keluar parti dan bertanding semula atas tiket pembangkang harus dihentikan.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz berkata, tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada ahli politik sedangkan perkara paling utama adalah kerajaan yang stabil.


"Tingkah laku seperti ini harus dihentikan, apabila ia berterusan, semakin ramai orang hilang kepercayaan.

"Apa yang rakyat Malaysia perlukan sekarang ialah kerajaan yang stabil. Lakukan untuk ekonomi negara dan rakyat," katanya menerusi Twitter pada Isnin.


Hari ini, sebuah portal melaporkan terdapat khabar angin mengenai cubaan untuk menyingkirkan Perdana Penteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima bulan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Difahamkan beberapa ahli parlimen BN kini dipujuk oleh individu tertentu agar mengambil bahagian dalam 'misi do-or-die' untuk keluar parti dan mengorbankan kerusi mereka.


Di bawah undang-undang anti-lompat parti, mana-mana ahli Parlimen yang meletak jawatan atau berhenti menjadi ahli parti akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat sekali gus mencetuskan pilihan raya kecil.





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE