VIDEO - Isteri lari dari rumah selepas bertengkar, suami paksa anak(1 tahun) minum arak dan isap rokok


Isteri lari dari rumah selepas bertengkar, suami paksa anak(1 tahun) minum arak dan isap rokok

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang bapa bertindak zalim dengan memaksa anaknya yang berusia 1 tahun meminum arak dan mengisap rokok.

Kejadian bermula pada jam 4 petang 8/4/2023 ketika sepasang suami isteri ini bertengkar besar hingga membuatkan si isteri nekad untuk lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang malas bekerja, sering berhutang, main judi dan jarang ada di rumah.

Menurut kenyataan isteri, dia bertindak melarikan diri dari rumah untuk menenangkan fikiran kerana terlalu tertekan dengan sikap suaminya.

Namun, beberapa hari selepas kejadian itu, isterinya terkejut melihat video anaknya yang dipaksa bapanya untuk meminum arak dan isap rokok.

Video tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan warganet dan laporan polis telah dibuat susulan penularan video itu.




Tidak lama kemudian si bapa berjaya ditahan polis di kediaman rumah mereka dan anaknya dibawah jagaan ibunya sendiri. - agensi




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE