VIDEO - Kes culik lelaki, seorang suspek berusia 43 tahun berjaya ditahan dan 3 masih diburu


Kes culik lelaki, seorang suspek berusia 43 tahun berjaya ditahan dan 3 masih diburu



ALOR SETAR - Seorang lelaki ditahan bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, di sini pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menahan suspek berusia 43 tahun di sekitar bandar raya pada awal pagi Selasa.



Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa lebih kurang jam 6.30 petang bahawa anak lelakinya dilarikan secara salah oleh beberapa lelaki dan wanita.


"Susulan itu, ibu mangsa bergegas ke tempat kejadian dan ditunjukkan rakaman video kejadian yang dirakam salah seorang penduduk di kawasan itu sebelum membuat laporan berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Menurut Ahmad Shukri, seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita dalam kejadian jam 6.30 petang.


Tambah beliau, kejadian itu sempat dirakam seorang saksi yang ketika itu berada di tempat kejadian.


Sehubungan itu, beliau memaklumkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah menahan seorang suspek ekoran kejadian itu.


Ahmad Shukri berkata, pihaknya kini sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat dalam insiden terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan.


Bagaimanapun, kata beliau, mangsa telah dibebaskan suspek dan kini polis sedang mengesan mangsa untuk membantu siasatan.


Ahmad Shukri berkata, pihaknya juga masih melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui motif kejadian.











@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE