VIDEO - Lelaki tendang pintu surau tak puas hati pembesar suara kuat, ganggu waktu tidurnya


Lelaki tendang pintu surau tak puas hati pembesar suara kuat, ganggu waktu tidurnya

KAJANG - Seorang lelaki membuat kecoh dengan cuba mengganggu jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah surau di sini pada Ahad lalu

Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video dan difahamkan berlaku pada Ahad lalu.

Insiden dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan tidak berpuas hati pembesar suara surau yang kuat telah mengganggu waktu tidurnya.

Menerusi video tular itu, lelaki berkenaan memberitahu telah beberapa membuat aduan berhubung isu tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Pertikaman lidah yang berlaku di surau pada mulanya dalam keadaan terkawal sebelum berlaku kekecohan di hujung video berkenaan.

Dalam video berasingan memaparkan pintu surau berkenaan yang dikatakan pecah serta rosak angkara lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan mendapati kes itu berlaku pada 9 April lalu sekitar jam 9.25 malam

Beliau turut memberitahu, seorang lagi suspek lelaki berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Suspek berusia 46 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 10 April.

"Kedua-dua suspek telah memberikan kerjasama kepada pihak polis berkaitan isu selisih faham tersebut," katanya.

Menurutnya, saksi-saksi lain yang terlibat turut dipanggil memberikan keterangan.

"Mereka yang dipanggil polis itu termasuk individu menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tambah beliau, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian media sosial bagi penyebaran video tersebut dengan niat tidak baik.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman satu tahun penjara dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dengan kejadian ini diharap dapat tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

"Pihak polis juga ingin menasihati semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan.

"Kes ini telah diambil tindakan oleh pihak polis bersama dengan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta penduduk setempat," katanya




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE