VIDEO - Pelajar tumbuk muka guru kerana merampas telefon pintar

Pelajar tumbuk muka guru kerana merampas telefon pintar

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan pertengkaran antara seorang guru wargaemas dengan seorang pelajar berkaitan dengan rampasan telefon pintar milik pelajar tersebut.

Pelajar yang tidak berpuas hati bertindak memukul gurunya sendiri dengan menumbuknya pada bahagian muka hingga guru tersebut rebah.

Melihat tindakan luar batas itu, para pelajar lain menyuru masuk untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Pihak sekolah mengambil keputusan untuk memanggil kedua ibu bapa pelajar dan merancang untuk mengeluarkan pelajar itu daripada sekolah memandangkan pelajar itu banyak melakukan kesalahan seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, mengganggu pelajar lain serta yang terbaru menumbuk gurunya sendiri.

Walaubagaimanapun tiada laporan polis dibuat oleh guru tersebut selepas insiden itu. - Agensi




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE