Video Penuh - Wanita maut terjatuh ketika keluar dari pintu lif yang mengalami kerosakkan, mayat ditemui di bawah tapak lif selepas dilaporkan hilang


Wanita maut terjatuh ketika keluar dari pintu lif yang mengalami kerosakkan, mayat ditemui di bawah tapak lif selepas 3 hari dilaporkan hilang

Seorang wanita ditemui maut selepas terjatuh ketika keluar dari pintu lif yang terbuka secara automatik kerana masalah teknikal.

Kejadian berlaku ketika wanita tersebut yang bernama Asiyah menghantar anak saudaranya di lapangan terbang Medan untuk berangkat ke luar negeri. Selepas menghantar anak saudaranya, Asiyah segera pulang ke rumah.

Ketika perjalan pulang ke rumah, Asiyah mendapat panggilan daripada anak saudaranya menyatakan bahawa dia ditahan oleh petugas di lapangan terbang kerana ada beberapa butiran yang mencurigakan.

Asiyah bergegas kembali ke lapangan terbang dan sebaik memasuki ke dalam lif, Asiyah membuat panggilan telefon kepada anak saudaranya bahawa Asiyah sudah berada dalam lif. 

Tidak lama kemudian lif mengalami masalah teknikal dan berhenti secara tiba-tiba. Menerusi rakaman CCTV lif menunjukkan Asiyah kelihatan seperti gelisah mungkin kerana panik sebelum pintu lif terbuka secara tiba-tiba. 

Sebaik pintu lif terbuka, Asiyah segera keluar dari pintu lif tanpa melihat sekeliling dan terjatuh.

Anak saudaranya yang menunggu lama merasa aneh kerana Asiyah memaklumkan sudah berada dalam lif namun tidak munculkan diri dan tidak dapat dihubungi.

Anak saudaranya memaklumkan hal tersebut kepada pihak lapangan terbang untuk memeriksa ibu saudaranya yang berada dalam lif mungkin terperangkap di dalamnya. 

Pihak lapangan terbang memeriksa ke semua lif namun tidak menjumpai Asiyah dan katanya lif berfungsi dengan baik.

Penerbangan ke luar negeri terpaksa dibatalkan dan anak saudara Asiyah pulang ke rumah namun belum ketahui kemalangan tersebut. 

Keesokkan harinya, anak saudaranya membuat laporan polis kerana Asiyah hilang tanpa jejak dan tidak dapat dihubungi sama sekali.

Kali terakhir mereka berkomunikasi melalui panggilan telefon di lapangan terbang dan mayat Asiyah berjaya ditemui di bawah tapak lif setelah pihak polis memeriksa rakaman CCTV lif lapangan terbang tersebut. Innalilahiwainnailaihirojiun Al Fatihah buat Asiyah.






@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE