VIDEO - Putus hubungan, Lelaki bakar bekas teman wanita hingga maut ditahan polis

Putus hubungan, Lelaki bakar bekas teman wanita hingga maut ditahan polis

Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan polis.

Sergio Tarache Parra, 19, dituduh menyimbah Katherine Gomez, 18, dengan minyak tanah sebelum membakar mangsa di dataran di Lima, Peru pada 18 Mac lalu.

Menurut konsulat Peru di Bogota, notis merah Interpol telah dikeluarkan untuk penahanan Tarache.

Beberapa hari sebelumnya, remaja perempuan itu dipercayai memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

Mangsa yang melecur 60 peratus di badan dimasukkan ke hospital, namun meninggal dunia enam hari kemudian.

Kementerian dalam negeri Peru memaklumkan, Tarache yang berasal dari Venezuela akan diekstradisi dari Colombia ke Peru untuk dibicarakan.

Kamera keselamatan (CCTV) menunjukkan pemuda itu melarikan diri dari tempat kejadian selamat menyerang mangsa.

Polis Peru menawarkan ganjaran AS$12,500 (RM55,024) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek. - AFP

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE