VIDEO - Terlalu teruja jumpa Anwar, Ifa Raziah cuba salam tapi ditolak kerana PM ada wuduk

Terlalu teruja jumpa Anwar, Ifa Raziah cuba salam tapi ditolak kerana PM ada wuduk

Keinginan penyanyi yang juga merupakan seorang usahawan, Ifa Raziah untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian selepas ditolak Ahli Parlimen Tambun tersebut.

Situasi tersebut berlaku ketika majlis berbuka puasa penggiat seni dan pengamal media bersama Perdana Menteri bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menerusi video yang dimuat naik Ifa di Instagram (IG), dapat dilihat penyanyi berkenaan menghulurkan tangannya untuk bersalam namun ditolak Anwar kerana ingin menjaga wuduknya daripada terbatal.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Perdana Menteri yang menolak pelawaan bersalaman dengan Ifa secara elok dan tertib.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE