VIDEO - Wanita meninggal dunia ketika mengkhatam Al Quran

Wanita meninggal dunia ketika mengkhatam Al Quran

Jika ditanya kepada seluruh umat Islam, pengakhiran bagaimanakah diinginkan mereka, sudah pasti jawapannya mati dalam keadaan husnul khatimah.

Begitulah pengakhiran seorang wanita di Indonesia yang meninggal dunia dalam melaksanakan amalan soleh.


Menurut laporan, wanita yang tidak dinamakan itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang membaca al-Quran di sebuah masjid di Bandung, Jawa Barat.

Kejadian berlaku ketika Majlis Taklim Nurunnisa di Masjid Babussalam baru-baru ini dan ia sempat dirakam oleh jemaah lain sebelum tular di media sosial.

Dalam majlis berkenaan, wanita berbaju serba putih itu pada mulanya dilihat mengetuai bacaan al-Quran bersama jemaah lain.

Bagaimanapun, wanita tersebut tiba-tiba berhenti membaca dan kelihatan tertunduk lemah.


Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang ke belakang dan tidak sedarkan diri.

Jemaah lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucapkan dua kalimah syahadah

Warganet yang melihat klip video tersebut mencemburui kematian wanita berkenaan kerana dijemput Ilahi ketika sedang melakukan amal ibadah. - Agensi




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE