Hattan kata kami tidak beri penerangan, Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing’ – Astro Awani

Hattan kata kami tidak beri penerangan, Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing’ – Astro Awani

"dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” 

PETALING JAYA – Astro Awani menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak memberikan penerangan ringkas atau briefing sebelum menemubual penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan untuk ke udara secara langsung (live) yang mencetus sensasi nasional baru-baru ini.

Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani memaklumkan, pihaknya memiliki bukti bahawa Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin diberi keterangan daripada pihak Awani sebelum bersiaran langsung.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” ciap Ibrahim menerusi Twitter.

Terdahulu, Hattan, 59, menerusi kenyataan rakan baiknya, Salimey Abu Bakar memberitakan kepada media bahawa dirinya tidak tahu bahawa temu bual dilakukan untuk siaran ‘live’.

Menurut Salimey, dia menonton siaran berita Astro Awani ketika insiden berlaku pada pukul 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena.

Katanya, pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu tidak mengetahui bahawa temu bual berlangsung untuk siaran ‘live’.

Hattan memercik sensasi apabila dia bertindak menyekolahkan atau menemplak seorang pembaca berita Astro Awani yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan pemergian Allahyarham Mael XPDC.

Rentetan apa yang berlaku, ramai menggesa penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu supaya melakukan permohonan maaf secara terbuka termasuk daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Tidak kurang dengan itu, ada sebilangan pihak yang menggesa agar penyanyi Biso Bonar digam daripada membuat sebarang kemunculan di mana-mana stesen televisyen disebabkan keterlanjuran kata dan tindakannya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE