Lelaki Rohingya tunjuk samseng ditahan polis


Lelaki Rohingya tunjuk samseng selepas ditegur penduduk, longgok besi di tengah jalan

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki warga Rohingya menunjuk lagak samsengnya setelah ditegur penduduk kerana meletakkan longgokkan besi di tengah jalan sehingga menganggu ketenteraman penduduk.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lorong 6, Jalan Susur Kulai 1, Kulai Besar, Kulai. Suspek berusia 23 tahun itu telah ditahan polis susulan laporan polis dibuat. Suspek mengakui menunjukkan jari tengah kepada pengadu kerana ditegur meletakkan longgokkan besi di atas jalanraya.




Suspek akan ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresyen 1959/63. 

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE