OPR naik tak beri kesan kepada peminjam - Pakar Ekonomi

OPR naik tak beri kesan kepada peminjam - Pakar Ekonomi

“Kalau orang itu mengambil pinjaman perumahan lebih kurang RM500,000, mungkin (OPR) 25 peratus ini akan (menyebabkan) kenaikan bayar balik itu lebih kurang dalam RM85 saja" katanya

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata perpuluhan kepada tiga peratus itu menyebabkan pertambahan pada kadar bayaran pinjaman iaitu kurang daripada RM100 sebulan.

Pakar ekonomi, Manokaran Mottain berkata, pengumuman OPR pada Rabu itu memang mengejutkan orang ramai namun ia tidak memberi kesan yang besar terhadap peminjam.


Ujar beliau, kadar bayaran pinjaman selepas penambahan OPR itu sukar untuk dinyatakan secara spesifik kerana ia bergantung kepada berapa banyak pinjaman yang diambil dan tempoh pinjaman tersebut.

“Kalau tidak tahu, maka susah untuk kita cakap berapa kenaikan (kadar bayaran pinjaman) selepas (penambahan) 25 mata perpuluhan kepada tiga peratus itu.

“Kalau orang itu mengambil pinjaman perumahan lebih kurang RM500,000, mungkin (OPR) 25 peratus ini akan (menyebabkan) kenaikan bayar balik itu lebih kurang dalam RM85,” katanya

Pada Rabu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada tiga peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Sementara itu, ujar Manokaran, tujuan BNM menaikkan OPR itu berkemungkinan untuk seimbangkan kadar faedah dengan negara-negara lain.

Menurutnya, sebelum ini negara tidak dapat menaikkan kadar OPR kerana sentimen rakyat yang tidak sedia menerima kenaikan harga.

“Kalau kadar faedah dalaman itu lebih rendah berbanding negara-negara lain, ini akan menjejaskan nilai ringgit negara kita. Sebab itu kita kena naikkan kadar faedah.

“Jadi kita kena ambil tindakan itu untuk buat nilai ringgit kita kukuh,” ujarnya.







@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE