Pembangkang berhenti menipu rakyat, Kerajaan Perpaduan sangat kukuh dan mendapat sokongan penuh - Zahid Hamidi

Pembangkang berhenti menipu rakyat, Kerajaan Perpaduan sangat kukuh dan mendapat sokongan penuh - Zahid Hamidi

"Cukuplah satu penggal yang lalu politik negara kita telah berkecamuk dan memperoleh tiga buah pimpinan yang berbeda, lihatlah apa akibat yang telah berlaku kepada negara kita dan rakyat Malaysia" katanya


KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak pimpinan parti politik tidak menimbulkan isu baharu kerana kerajaan yang ada ketika ini sudah stabil dengan sokongan daripada 148 ahli Parlimen.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut bersetuju dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu semua pihak mengutamakan rakyat, ekonomi dan kesejahteraan serta kemakmuran negara.


"Cukuplah satu penggal yang lalu politik negara kita telah berkecamuk dan memperoleh tiga buah pimpinan yang berbeda, lihatlah apa akibat yang telah berlaku kepada negara kita dan rakyat Malaysia dan kini kita sama-sama membentuk kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dokongan 19 parti-parti yang berbeda di dalam empat gabungan politik utama.

"Ini jadi keutamaan dan saya rasakan bahawa titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor adalah amat dijunjung kasih oleh UMNO dan saya mengharapkan semua pemimpin parti politik menghayati dan menjunjung apa yang disebutkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di pekarangan bangunan UMNO Sabah di sini pada Khamis.

Katanya lagi, hasrat kerajaan ketika ini adalah untuk maju ke hadapan untuk membentuk negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi.

"Kita mahu pelaburan dari luar dan pelaburan dari dalam, pelaburan langsung asing (FDI) dan Pelaburan langsung domestik (DDI) datang dan ekonomi terus berkembang untuk diberi keutamaan.

"Yang penting adalah kesejahteraan rakyat bukan lagi masalah politik dan tentunya kita harus menamatkan poliitk-politik yang pelbagai ini dan jangan menimbulkan isu baharu.

"Kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang stabil dengan 148 ahli Parlimen adalah kerajaan yg stabil dgn 148 ahli-ahli Parlimen yang mendokong kerajaan perpaduan ini harus ditambah kukuhkan," katanya


Beliau dalam pada itu turut mengucapkan selamat maju jaya atas pertemuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung proklamasi Melayu.

"Ucapan ini saya berikan kerana kita tahu bahawa Tun M merupakan 'liabiliy' baharu dalam politik tanah air.

"Ini telah menjawab dengan kekalahan beliau di Langkawi dan hilang deposit malah tidak ada seorang pun calon dari partinya yang berjaya ketika itu dan kini beliau menyertai parti lain," katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa soal kemajmukan rakyat di negara ini adalah perkara penting yang harus diutamakan dan ketepikan perbezaan etnik demi negara.

"Kalau pertemuan dan persefahaman ini kononnya dibuat untuk perpaduan dan penyatuan orang Melayu, haruslah diketahui bahawa biarpun UMNO merupakan parti-parti orang Melayu dan bumiputera yang besar, kita merasakan bahawa soal etnik biarpun ia merupakan satu isu akar umbi namun bangsa Malaysia yang besar kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.

"Malah negara Malaysia Madani yang kita dokong harus diberi keutamaan, yang penting ialah soal kemajmukan rakyat di negara ini. Kita hendaklah mengetepikan perbedaan politik apatah lagi perbezaan etnik demi negara," katanya.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE