Penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan - Anwar Ibrahim

Penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan - Anwar Ibrahim

Melaka: Penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan hanya terpakai untuk negeri berkenaan, dan tidak terpakai di negeri-negeri lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan berkaitan keputusan kerajaan itu juga sudah diperjelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

"Sarawak kita faham dulu tak terikat dengan keputusan negeri-negeri, dia tak boleh terpakai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor, tak boleh.

"Ini (kalimah 'Allah') khusus untuk Sarawak yang kita dah kalah dalam kes awal kerana di Sarawak memang diputuskan oleh negeri sebegitu rupa, kita kena faham," katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Anjuran Pertubuhan Prihatin Anak Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah.

Perdana Menteri diminta mengulas keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran

Ahad lalu, media melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain- 'Baitullah', 'Kaabah' dan 'solat' dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.


Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.

Antara lain, notis itu menyatakan bahawa KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE