Peruntukan RM2.1 bilion atasi kesesakan Lebuhraya

Peruntukan RM2.1 bilion atasi kesesakan Lebuhraya- Timbalan Menteri Kerjaraya


KUALA TERENGGANU - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion untuk menaik taraf Lebuhraya Karak dengan melebarkan lorong dan membina terowong tambahan bagi mengatasi masalah kesesakan yang dialami pengguna terutama pada musim perayaan.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerja-kerja pembinaan akan dilakukan oleh pemegang konsesi lebuh raya berkenaan bermula Julai ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.



"Terdapat kira-kira dua juta kenderaan yang menggunakan laluan tersebut untuk pulang sama ada ke Kelantan dan Terengganu pada musim cuti perayaan.


"Dengan pelebaran lorong dan pembinaan terowong baharu kita jangka masalah kesesakan yang sering dialami di lebuh raya itu akan diatasi.



"Setakat ini Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengeluarkan tender untuk kerja-kerja pembinaan yang akan dilaksanakan di sepanjang lebuh raya itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu (PKMMT) pada Ahad.


Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan dan Yang Dipertua PKMMT, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.


Dalam pada itu, beliau berkata, kerja-kerja penyelenggaraan laluan itu tidak digalakkan untuk dilaksanakan pada musim cuti perayaaan sebagai langkah mengurangkan masalah kesesakan jalan.


"Buat sementara waktu ini saya tidak galakkan LLM melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sepanjang musim cuti perayaan 



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE